Wednesday, September 14, 2011

Lokasi Perangkap Halaju

Lokasi Perangkap Halaju Sepanjang Lebuh Raya Utara - Selatan.


Saya menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan LPT - Karak, hampir setiap minggu, dengan senarai lokasi-lokasi perangkap halaju yang saya ambil dari laman web - amat membantu dalam merancang perjalan saya agar saya dapat memandu dengan lebih berhati-hati di lebuh raya.

Saya berharap pemandu-pemandu lain juga boleh mengambil manafaat dari senarai dibawah.

Nama Laman Web: www.illustrasiaku.com

PLUS Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang
PLUS Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Disini saya senaraikan lokasi tambahan dimana saya lihat pemantauan halaju oleh pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

22- Lebuh raya Utara Selatan arah selatan diantara Toll Kuala Kangsar dan R&R Sg. Perak, disebalik dinding jambatan (Jalan Kuala Kangsar - Parit dibahagian bawah Jambatan) dipertengan laluan.
23- Bawah Jambatan merentasi lebuhraya susur keluar Toll Slim River.

Tuesday, September 13, 2011

Oh..Ops-Sikap...Jiran Ku Meninggal Akibat Kemalangan Tiga Kenderaan 11/09/2011

Jiran saya telah terlibat dalam suatu kemalangan ngeri di Lebuhraya Pantai Timur, berhampiran Gambang, Pahang pada hari Ahad, 11/09/2011. Berita dan gambar kemalangan tersebut telah dilapurkan dalam surat khabar dan juga berita TV hari berkenaan, melibatkan sebuah Hilux, Mercedes Benz dan Proton Satria.

Mulai malam tadi, 13/09/2011 ramailah saudara mara serta kawan-kawan beliau memenuhi hadapan rumah beliau yang berhadapan dengan rumah sewa saya, di Bandar Temerloh, dimana khemah-khemah didirikan dan kerusi meja dipasang. dan aktiviti keagamaan kaum China dijalankan mulai pukul 7.00 malam sehingga melebihi pukul 10.00 malam dengan musik dan mentera China dibacakan.

Upacara tersebut dijalankan dengan nada yang sederhana, dan kurang mengganggu jiran bersebelahan, bersesuaian dengan kejiranan yang berbeza kaum dan agama, berbanding dengan suasana dahulu yang kebanyakannya alatan musik dimainkan dengan nada yang lebih tinggi.

Upaca pengsemadian jiran saya yang masih bujang berumur awal 40an itu dijangkakan pada Jumaat ini.

Monday, September 12, 2011

Ops Sikap Dan Kemalangan Jalan Raya.

Mengulas kembali berhubung dengan peningkatan kemalangan jalan raya pada musim perayaan A'idul Fitri kali ini. Faktor-faktor  peningkatan Statistik kemalangan tersebut adalah antaranya, sebagaimana dirumuskan oleh pihak Bukit Aman 85% disebabkan oleh faktor manusia.

Sebagai pengguna jalan raya saya dapati faktor-faktor berikut adalah juga merupakan sebahagian dari penyumbang utama kemalangan jalan raya.

a. Pertambahan yang mendadak jumlah kenderaan yang menggunakan jalan raya di musim perayaan.

b. Terdapat setengah-tengah orang memandu perlahan di lorong kanan yang menghalang kelancaran laluan laju yang menjadi sebahagian dari penyumbang utama kemalangan di lebuh raya.

c. Kejuruteraan jalan - contohnya, kecondongan jalan (super elevation) yang kurang tepat berbanding dengan kelajuan dibenarkan pada beberapa bahagian lebuh raya kita.

Dari itu, bukan sahaja pemandu perlu lebih berhemah, pihak yang berwajib juga perlulah memantau serta mengkaji semula keadaan jalan serta lebuh raya kita supaya bersesuaian dengan kecanggihan kenderaan masa kini.