Monday, September 12, 2011

Ops Sikap Dan Kemalangan Jalan Raya.

Mengulas kembali berhubung dengan peningkatan kemalangan jalan raya pada musim perayaan A'idul Fitri kali ini. Faktor-faktor  peningkatan Statistik kemalangan tersebut adalah antaranya, sebagaimana dirumuskan oleh pihak Bukit Aman 85% disebabkan oleh faktor manusia.

Sebagai pengguna jalan raya saya dapati faktor-faktor berikut adalah juga merupakan sebahagian dari penyumbang utama kemalangan jalan raya.

a. Pertambahan yang mendadak jumlah kenderaan yang menggunakan jalan raya di musim perayaan.

b. Terdapat setengah-tengah orang memandu perlahan di lorong kanan yang menghalang kelancaran laluan laju yang menjadi sebahagian dari penyumbang utama kemalangan di lebuh raya.

c. Kejuruteraan jalan - contohnya, kecondongan jalan (super elevation) yang kurang tepat berbanding dengan kelajuan dibenarkan pada beberapa bahagian lebuh raya kita.

Dari itu, bukan sahaja pemandu perlu lebih berhemah, pihak yang berwajib juga perlulah memantau serta mengkaji semula keadaan jalan serta lebuh raya kita supaya bersesuaian dengan kecanggihan kenderaan masa kini.

No comments:

Post a Comment