Tuesday, September 13, 2011

Oh..Ops-Sikap...Jiran Ku Meninggal Akibat Kemalangan Tiga Kenderaan 11/09/2011

Jiran saya telah terlibat dalam suatu kemalangan ngeri di Lebuhraya Pantai Timur, berhampiran Gambang, Pahang pada hari Ahad, 11/09/2011. Berita dan gambar kemalangan tersebut telah dilapurkan dalam surat khabar dan juga berita TV hari berkenaan, melibatkan sebuah Hilux, Mercedes Benz dan Proton Satria.

Mulai malam tadi, 13/09/2011 ramailah saudara mara serta kawan-kawan beliau memenuhi hadapan rumah beliau yang berhadapan dengan rumah sewa saya, di Bandar Temerloh, dimana khemah-khemah didirikan dan kerusi meja dipasang. dan aktiviti keagamaan kaum China dijalankan mulai pukul 7.00 malam sehingga melebihi pukul 10.00 malam dengan musik dan mentera China dibacakan.

Upacara tersebut dijalankan dengan nada yang sederhana, dan kurang mengganggu jiran bersebelahan, bersesuaian dengan kejiranan yang berbeza kaum dan agama, berbanding dengan suasana dahulu yang kebanyakannya alatan musik dimainkan dengan nada yang lebih tinggi.

Upaca pengsemadian jiran saya yang masih bujang berumur awal 40an itu dijangkakan pada Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment